MH Online

Laman Suara Rakyat

1188 Dikuarantin 24 Jam

1188 Dikuarantin 24 Jam

KUALA LUMPUR, Seramai 1,188 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara setakat semalam, dikuarantinkan selepas kerajaan mewajibkan perintah pengasingan itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan proses kuarantin di kemudahan berkaitan ketika ini dilaksanakan dengan baik dan lancar.

“Semalam kita laksanakan arahan kuarantin wajib kepada rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, mereka akan diasingkan selama 14 hari.

“Daripada 1,188 individu ini, seramai 711 adalah mereka yang tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLA).

“Sejak 19 Mac, seramai 4,933 orang dikuarantin di seluruh negara dan sehingga kini, sebanyak 90 pusat kuarantin sudah dibuka,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.