Anda di sini!
Utama > Luar Negara > 10 Negara Yang Punyai Pasport Paling Berkuasa Dunia

10 Negara Yang Punyai Pasport Paling Berkuasa Dunia

Dalam kemas kini terbaharu Indeks Pasport Henley, kedudukan itu kini dikuasai negara Asia dengan Jepun mengetuai carta apabila rakyatnya menikmati akses tanpa visa atau visa ketibaan ke 190 destinasi seluruh dunia, paling banyak berbanding mana-mana negara.

Kedudukan itu diikuti Singapura dan Korea Selatan yang berkongsi tempat kedua untuk ke-189 negara sementara Perancis dan Jerman berada di tempat ketiga.

Secara keseluruhan, negara Asia menguasai indeks terbaharu dikemas kini, memberi isyarat pergerakan meningkat Asia dan dasar pintu terbuka dunia ke negara dalam rantau, aset yang memiliki potensi menyumbang berbilion pendapatan kepada ekonomi global serta mewujudkan peluang pekerjaan di seluruh dunia, kata pencipta indeks Henley, Christain Kaelin.

Pergerakan ketara dalam kedudukan terbaharu termasuk Korea Selatan, yang mencapai kedudukan tertinggi di tempat kedua sementara Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) berkongsi tempat keenam, kejatuhan ketara berbanding sebelumnya, oleh kerana mereka menikmati tangga teratas pada 2015.

Indeks itu menentukan kedudukan 185 negara dan berdasarkan data daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Di bawah adalah pasport paling berkuasa dunia menurut kedudukan terbaharu Indeks Pasport Henley:

1. Jepun

2. Korea Selatan, Singapura

3. Perancis, Jerman

4. Denmark, Finland, Itali, Sweden

5. Sepanyol, Luxembourg

6. Austria, Netherlands (Belanda), Norway, Portugal, Switzerland, AS, UK,

7. Belgium, Kanada, Greece, Ireland

8. Republik Czech

9. Malta

10. Australia

-AFP

Leave a Reply

Top