MH Online

Laman Suara Rakyat

10 Kes Baharu 2 Penularan Tempatan

10 Kes Baharu 2 Penularan Tempatan

KUALA LUMPUR, Kementerian Kesihatan mengesan 10 kes baharu COVID-19 hari dengan lapan darinya membabitkan kes import.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lapan kes import itu mendapat jangkitan di luar negara dan ia membabitkan seorang warganegara.

“Jangkitan import itu membabitkan negara India iaitu lima kes di Kuala Lumpur dan dua di Selangor, manakala satu kes di Sarawak adalah jangkitan dari Filipina.
“Dua kes penularan di dalam negara adalah masing-masing satu kes membabitkan warganegara Malaysia iaitu di Kedah dan satu kes bukan warganegara di Selangor.

“Kes bukan warganegara itu dikesan melalui saringan tahanan kerana mangsa adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini juga ada lapan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya hari ini juga tiada pertambahan kematian berkaitan COVID-19 dan jumlah kumulatif kematian adalah kekal 125 kes atau 1.34 peratus.