Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ZULFADLI KETUAI CABARAN MALAYSIA DALAM THAILAND MASTERS

ZULFADLI KETUAI CABARAN MALAYSIA DALAM THAILAND MASTERS

mh online

Pemain profesional Malaysia, Zulfadli Zulkiffli mengetuai cabaran negara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Thailand Masters Puteri Sirivannavari di Stadium Nimibutr di Bangkok, Thailand hari ini.

image

Juara remaja dunia 2011 itu menundukkan pemain Indonesia Andre Marteen 21-11, 21-19, dan turut mengiringinya ke pusingan ketiga ialah bekas pemain kebangsaan, Tan Chun Seang yang menewaskan pemain Thailand Adulrach Namkul 21-16, 21-15.

Pasangan beregu utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong juga melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengenepikan pasangan Hong Kong, Or Chin Chung/Tang Chun Man 21-16, 21-10.

Naib juara Kejohanan Dunia 2010, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong pula berdepan laluan mudah ke pusingan kedua selepas lawan mereka Vatannejad-Soroush Eskandari/Farzin Khanjani menarik diri semasa ketinggalan 9-11 dalam set pembukaan.

Pasangan beregu wanita utama Malaysia, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei juga mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan dari India, Komal Antil/Lalita Dahiya 21-5, 21-5.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura 2015, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho juga menempah slot ke pusingan kedua selepas pasangan Jongkolphan Kititharakul/Rawinda Prajongjai tidak dapat meneruskan permainan selepas seorang daripada mereka mengalami kecederaan ketika ketinggalan 11-15 pada set kedua.

Sebelum itu, pasangan beregu negara tewas 7-21 dalam set pertama.

Wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying juga menempah tempat ke pusingan kedua selepas menumpaskan gandingan Chayut Triyachart/Natcha Saengchote dari Thailand 21-17, 21-19.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan Grand Prix Emas itu yang menawarkan hadiah berjumlah US$120,000 (RM498,267).

Leave a Reply

Top