Festival Kenyir 2017 berlangsung selama empat hari bermula 14 September dimeriahkan dengan lebih 30 acara yang disusun atur, menyasarkan kedatangan pengunjung seramai 60,000 orang sepanjang festival berlangsung.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan diiringi Yang DiPertua Dun, Mohd Zubir Embong; Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(Ketengah), Datuk Din Adam serta Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail.

Menurut Ahmad Razif , Festival Kenyir 2017 salah satu acara yang berjaya memperkenalkan lagi Tasik Kenyir kepada pelancong dan keunikan penganjuran kali ini merangkumi 30 acara dalam air, darat mahupun di udara.

Penganjuran festival ini juga pemangkin kepada kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir yang kini jadi tumpuan segenap lapisan terutamanya selepas beroperasinya jualan Zon Bebas Cukai  Tasik Kenyir(ZBCTK) pada 1 Ogos 2017 lalu.

Melihat kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir terutamanya pada hujung minggu memang sesak, kerana itu juga saya telah minta Ketengah dan sekretariat pastikan aliran trafik berjalan lancar, permasalahan lain yang dikenal pasti turut perlu diatasi.

Selain daripada infrastruktur serta kemudahan, hospitaliti  juga sangat penting dan kerana itulah menjadi hasrat kerajaan untuk beri penekanan kepada konsep  hospitaliti iaitu layanan. Kita akan adakan kursus kepada yang berkenaan berhubung perkara ini, katanya ketika sidang media, pada khamis.

Sementara itu, Omar memaklumkan lebih RM1.7 juta hasil jualan kedai-kedai bebas cukai dicatatkan  semenjak beroperasi 1 Ogos lalu hingga 10 September lalu dengan jumlah pengunjung  seramai 90,050 orang.

Katanya, ia permulaan yang cukup baik kerana Zon Bebas Cukai belum beroperasi sepenuhnya dan pihaknya yakin apabila siapnya kompleks perniagaan sebenar di Pulau Bayas nanti, urus niaga akan lebih rancak serta berkembang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *