Anda di sini!
Utama > Sukan > Zidane Senaraikan Kekuatan Real Persediaan Untuk Liga Juara Juara

Zidane Senaraikan Kekuatan Real Persediaan Untuk Liga Juara Juara

Real Madrid berangkat ke Napoli dengan kekuatan penuh, walaupun sudah unggul 3-1 dalam perlawanan pertama peringkat 16 kelompok akhir Liga Juara-Juara 2016/17.

Gandingan Gareth Bale, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo telah disenaraikan dalam skuad 22 pemain yang diumumkan pada Isnin.

Jurulatih Madrid Zinedine Zidane hanya kehilangan pemain bek Raphael Varane yang mengalami cedera hamstring.

Namun, di barisan belakang dia mempunyai barisan pemain cukup lengkap iaitu Dani Carvajal, Pepe, Sergio Ramos, Nacho, Marcelo dan Danilo.

Los Blancos akan menghadapi perlawanan kedua di Stadium San Paolo, Rabu.

Motivasi Madrid bangkit setelah menang 4-1 atas Eibar dalam perlawanan terakhir La Liga.

Sementara itu pengadil dari Turki Cuneyt Cakir akan memimpin  perlawanan ini.

Ini merupakan perlawanan keenam Madrid dipimpin pengadil berkenaan di Liga Juara-Juara.
22 Pemain Real Madrid
Penjaga gol: Keylor Navas, Kiko Casilla, Ruben Yanez

Belakang: Carvajal, Pepe, Sergio Ramos, Nacho, Marcelo, Danilo

Tengah: Kroos, James, Casemiro, Kovacic, Modric, Asensio, Isco

Depan: Ronaldo, Benzema, Bale, Lucas Vazquez, Mariano, Morata

 

Leave a Reply

Top