Anda di sini!
Utama > Terkini > Zahid ‘hidu bau’ Dalang Cuba Jatuhkan Najib

Zahid ‘hidu bau’ Dalang Cuba Jatuhkan Najib

mh online

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dapat ‘menghidu bau’ dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalang tersebut mempergunakan ketua-ketua cawangan Umno untuk mencampuri urusan parti itu termasuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

“Kita fikir eloklah dalang berkenaan sama ada dalang yang nampak atau tidak nampak mengikut perundangan sedia ada.

“Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak, (kerana) Umno hidup dan terus relevan, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan Umno,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Perkara itu diumumkan ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah mengadakan satu pertemuan, di Port Disckson, semalam.

Ini kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti Najib memimpin parti itu.

Mohd Isa juga mendakwa pihaknya mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain di seluruh negara dan bercadang untuk mengadakan himpunan besar-besaran bulan depan.

Bagaimanapun lokasi untuk perhimpunan itu masih belum ditetapkan.

Terdahulu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang turut mendesak Najib berbuat demikian, pada bulan lalu.

Manakala Rabu lalu pula sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top