Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Zaharin,Status diFB dan Mukhriz

Zaharin,Status diFB dan Mukhriz

mh online

image

Sehari sebelum berlakunya pergolakan politik di Kedah,blogger tersohor UMNO Saudara Zaharin Mohd Yasin telah menulis di Facebook beliau akan ada pergolakan politik di negeri Kedah.

Saudara Zaharin merupakan blogger yang kritis pemikiranya dan kadang kala tidak dapat diduga.

Mengikut pandangan saudara Zaharin apa yang terpapar didepan mata hari ini ibarat wayang yang telah di tentukan jalan cerita akhirnya,happy ending atau sebaliknya.

Berbalik kepada situasi di Kedah,setelah selesai sidang media oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan,Sebelah malamnya dikatakan Mukhriz mengarahkan Seorang Exco Beliau untuk mengumpulkan sejumlah ramai anak muda yang belum boleh mengundi pun untuk berkumpul menunjukkan sokongan kepada beliau,kononya untuk memperlihatkan beliau mempunyai sokongan akar umbi dan menakutkan Najib Razak untuk menyingkirkan beliau.

Jika benarlah beliau mempunyai sokongan rakyat Kedah, masakan dalam majlis di Sg Petani petang tadi hanya 50 orang saja yang hadir menyatakan sokongan kepada beliau?sehinggakan Mukhriz terpaksa balik begitu saja, takkanlah Azimi Daim lupa untuk mengerah anak muda untuk datang berkumpul bagi menyokong Mukhriz?

Bak kata seorang blogger petang tadi Mukhriz ni jika tidak diberi laluan, bertanding Ketua Bahagian pun kalah.

Saya hanya jadi pemerhati..nak buka mulut lebih-lebih takut tersilap cakap.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top