Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Zaharin Mulakan Serangan Kepada Najib Razak

Zaharin Mulakan Serangan Kepada Najib Razak

mh online

Zaharin Mohd Yassin,satu nama yang tidak asing dalam politik UMNO, beliau merupakan Aktivis parti sejak sekian lama,malah sejak di zaman Tun Abdul Razak lagi,waktu itu beliau mengenali Najib Razak sebagai anak kepada Perdana Menteri ke dua dan mula berkawan sampai ke hari ini.

Tarikh 1 februari 2016,menjadi satu titik tolak dimana pagi tadi Zaharin mengumumkan didalam Facebook beliau bahawa, beliau menarik balik sokongannya kepada Najib Razak yang beliau kenali sejak lebih 40 tahun yang lalu.
image

Saya,tidaklah pasti apakah puncanya sehingga Zaharin sanggup bertindak menentang kepimpinan Najib Razak, apakah mungkin ada sebab peribadi diantara beliau dan PM Najib Razak atau sebab-sebab lain,sebab setahu saya Zaharin bukanlah seorang yang senang untuk berubah pendirianya dan beliau sebelum ini merupakan orang yang sangat setia membela PM Najib Razak sejak timbul pelbagai isu dan kes 1MDB.

Maksudnya ada sebab-sebab yang tersendiri yang begitu kokoh untuk Zaharin bertindak begitu,bagaimana pun sejak petang tadi posting di facebooknya itu menerima pelbagai komen sama ada negatif mahupun yang positif,posting tersebut menerima lebih dua ribu like dari 23,000 pengikutnya di facebook.

Kebiasaanya,facebook Zaharin menjadi rujukan sama ada facebooker mahupun ahli politik dari pihak pembangkang atau pun pihak kerajaan dan diikuti oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Saya bukanlah sesiapa,tetapi saya berharap isu ini dapatlah diselesai secara baik diantara beliau dan mereka yang terlibat.

Ada kawan saya berkata Zaharin pernah menjatuhkan Anwar,dia juga pernah menjatuhkan Pak Lah jadi kita tidak mahu beliau jatuhkan pula Najib Razak.

Leave a Reply

Top