Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengucapkan selamat maju jaya kepada Jamie Vardy di Leicester City selepas penyerang England itu mengambil keputusan untuk terus kekal bersama juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu.

Vardy pada Khamis bersetuju menandatangani kontrak lanjutan selama empat tahun di Stadium King Power.

Keputusan itu menamatkan spekulasi mengenai perpindahannya ke Arsenal selepas The Gunners menyatakan kesediaan untuk memenuhi tuntutan klausa pelepasan pemain itu yang tercatat di dalam kontraknya awal bulan ini.

Wenger mengesahkan The Gunners berminat untuk mendapatkan khidmat Vardy tetapi mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain itu bersama Leicester pada musim baharu.

 “Saya fikir Leicester sudah mengeluarkan kenyataan dan Vardy akan kekal. Kami hanya menyatakan minat terhadapnya tetapi tidak lebih daripada itu.”Dia buat keputusan untuk kekal bersama Leicester dan selamat maju jaya kepadanya.

“Dia berusia 29 tahun dan memilih untuk kekal bersama Leicester. Anda perlu menghormati keputusannya itu,” kata Wenger.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *