Anda di sini!
Utama > Sukan > Wenger Sambung Kontrak, Penyokong Naik Berang

Wenger Sambung Kontrak, Penyokong Naik Berang

Bos Arsenal, Arsene Wenger dilapor bersetuju untuk melanjutkan kontrak selama satu musim lagi walaupun penyokong The Gunners mendesak pengendali kelahiran Perancis itu meninggalkan kelab tersebut.

Menurut laporan portal Sunday Express, Wenger ditawarkan kontrak selama dua tahun tetapi pengurus berusia 67 tahun itu hanya bersetuju untuk bersama Arsenal semusim sahaja lagi.

Laporan itu timbul selepas Arsenal dimalukan West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu, sekali gus memudarkan harapan The Gunners untuk menempah tiket ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

Arsenal kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 50 mata, dipisahkan lima mata di belakang Liverpool tetapi kelab London itu masih berbaki satu perlawanan.

┬áMengulas tentang masa depannya susulan kekalahan 1-3 kepada West Brom, Wenger enggan menyatakan sama ada dia akan menamatkan ‘pemerintahannya’ di Arsenal selama 21 tahun.

“Saya tahu apa yang perlu dilakukan.

“Anda akan tahu tidak lama lagi,” katanya.

 

Leave a Reply

Top