Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Wartawan Syria Ditembak Mati Di Selatan Turki

Wartawan Syria Ditembak Mati Di Selatan Turki

Seorang wartawan Syria ditembak mati di selatan Turki pada Ahad, lapor agensi berita China, Xinhua, memetik laporan akhbar harian, Hurriyet.

Mohammed Zahir al-Sherkat, 36, cedera parah selepas ditembak seorang penyerang bertopeng yang tidak dikenali di wilayah Gaziantep, menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut rakaman kamera keselamatan mendedahkan bahawa penyerang mendekati al-Sherkat dari belakang serta melarikan diri selepas kejadian, dan mangsa meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Insiden serupa telahpun berlaku di wilayah sama yang terletak berhampiran sempadan Syria.

Pada bulan Disember, Naji Jerf, seorang aktivis Syria yang menerbitkan dokumentari memburuk-burukkan kumpulan militan Islamic State (IS) atau Daesh, ditembak mati dengan sepucuk pistol dilengkapi alat penyenyap di Gaziantep.

Wartawan terkenal Syria itu sememangnya diketahui menentang Presiden Bashar al-Assad mahupun IS.

Pada Oktober, IS mengaku bertanggungjawab membunuh wartawan Ibrahim Abdelkader dan Fares Hamadi di sebuah rumah di selatan Sanliurfa, Turki.

Leave a Reply

Top