Wartawan kanan sebuah akhbar harian tempatan memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana memfitnah.

Wartawan itu, Ong Beng Siang memfailkan saman itu pada Jumaat sebagai maklum balas terhadap posting laman Facebook Guan Eng pada 22 Januari lalu.

Dalam kenyataannya, plaintif mendakwa posting ketua menteri itu tidak beretika, malah tidak bermoral, tidak ikhlas dan tidak berpendirian.

Beliau juga berkata, posting itu juga menggambarkan diri Guan Eng sebagai seorang yang dengan sengaja memfitnah kerajaan negeri.

 Beng Siang diwakili Baljit Singh menuntut pampasan, kos dan sebarang tuntutan yang setimpal.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *