Share on Facebook

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Pelbagai ragam perwakilan dan pemerhati dapat disaksikan pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula dari 5 hingga 9 Disember 2017.

Apa yang pasti PAU kali ke-71 ini menyaksikan para perwakilan bijak mempelbagaikan warna menarik iaitu merah pada pembukaan dan biru hari terakhir sama pakaian kebangsaan digayakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli MT.

Malah orang ramai yang turut serta berada di Pusat Dagangan Dunia Putra iaitu tempat berlangsungnya perhimpunan turut mengenakan warna serupa iaitu merah dan biru.

Paling menjadi tuan sepanjang lima hari PAU berlangsung ialah kehadiran raja report Rani Kulop Kipidap dan Datuk Jamal.

Kedua-dua personaliti tersendiri menjadi tumpuan perwakilan terutama wanita ingin bergambar dengan kedua-dua mereka.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *