Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Puteri UMNO menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan wanita meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan dunia menuju era Revolusi Perindustrian 4.0.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata walaupun pelbagai inisiatif disediakan kerajaan, pemerkasaan wanita amat bergantung kepada usaha individu untuk membentuk diri menjadi lebih berdikari.

Katanya, bantuan keusahawanan kepada wanita seperti MyWin Academy, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN, jelas mampu mencungkil bakat perniagaan yang dimiliki oleh wanita muda pada hari ini.

“Bagaimanapun, semua mesti dilakukan dengan lebih giat dan tersusun, lebih-lebih lagi ketika kita sedang bercakap tentang Revolusi Perindustrian 4.0. yang berkisarkan kehidupan berpaksikan kebijaksanaan tiruan (artificial intelligence), objek rangkaian Internet (Internet of Things- IOT), data besar (big data), dan penggunaan robotik.

“Hal ini akan memberikan pelbagai kesan kepada seluruh sudut kehidupan kerana kita akan menjalani kehidupan bentuk baharu yang kurang menggunakan tenaga manusia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO di sini, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *