Anda di sini!
Utama > Terkini > Wanita Hisap Vape Harus Lebih Sensitif

Wanita Hisap Vape Harus Lebih Sensitif

mh online

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata golongan wanita di negara ini seharusnya lebih sensitif dengan perkara yang dianggap tidak manis dalam masyarakat.

Merujuk kepada isu wanita muda bertudung menghisap rokok elektronik atau vape, katanya meskipun tindakan itu adalah pilihan masing-masing, mereka harus menghormati budaya dan adat resam masyarakat di negara ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga meminta masyarakat supaya berhenti memperbesarkan isu itu.

“Mungkin pada waktu itu niat mereka adalah untuk mempromosikan vape, tetapi isu itu telah menjadi viral,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Minum Petang sempena Persidangan Kepimpinan Wanita Muda ASEAN 2015 (AYWLC 2015) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar dan video wanita bertudung menghisap vape yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top