Seorang wanita bertindak menelan wang simpanannya untuk menghentikan suami penipu mengambil wang tersebut.

Sandra Milena Almeida menelan £7000 (RM 39,299) secara tunai selepas mengetahui suaminya telah mengkhianatinya.

Tindakan wanita berusia 30 tahun itu hanya diketahui selepas dia dibawa ke hospital kerana sakit perut.

Doktor kemudian menemui gulungan wang kertas di dalam perutnya.

Almeida bertindak menelan wang tunai berkenaan selepas mengetahui tentang kecurangan suaminya.

Dia mengambil langkah drastik makan wang kertas $100 selepas suaminya menemui wang berkenaan yang di sembunyi dan menuntut separuh daripada itu.

Saudara mara dan doktor hanya mengetahui tindakan wanita itu selepas menjalani ujian.

Pengarah pembedahan di Hospital Universiti Santander, Juan Paulo Serrano memberitahu pemberita, sebanyak 57 keping wang 100 ditemui dalam perut wanita itu.

“Beberapa gulung wang ditemui di dalam usus di mana ia bergerak ke usus besar.

“Ia seolah-olah ia adalah satu tindakan terdesak oleh wanita tersebut, kerana masalah yang dihadapi dan ini sudah tentu memberi kesan kepada fungsi usus normal pesakit dan nyawa,” katanya dipetik BBC.

Almeida dijangka pulih sepenuhnya.

“Wang kertas telah dibasuh dan berada dalam keadaan yang baik, tetapi baki wang itu hilang kerana cecair gastrik,” kata Serrano.

Berikutan pembedahan mengeluarkan wang tunai berkenaan berjaya, Almeida berkata, dia akan menabung untuk percutian mewah selepas ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *