Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Walau Hidap Leukemia Tun Razak Abadikan Hidupnya Bangunkan Negara

Walau Hidap Leukemia Tun Razak Abadikan Hidupnya Bangunkan Negara

mh online

Walaupun didiagnosis menghidap penyakit leukemia pada 1969, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein telah mengabadikan hidupnya dengan bekerja sekeras yang mungkin untuk negara, kata anak kedua Allahyarham.

Datuk Ahmad Johari, 62, berkata, walaupun doktor meramalkan bapanya hanya mampu bertahan selama dua tahun selepas disahkan menghidap penyakit tersebut, bapanya tetap tabah, malah hidup lebih lama demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Tun Abdul Razak yang memegang jawatan Perdana Menteri sejak 22 Sept 1970 selepas Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, meninggal dunia pada 14 Jan 1976.

“Allahyarham bapa saya ingin benar untuk hidup lebih lama. Masih banyak yang beliau perlu lakukan.

“Menjadi perdana menteri dan menjaga kepentingan rakyat ketika menghidap penyakit pasti sukar untuk beliau menanggungnya. Allahyarham ketika itu pasti mempunyai semangat luar biasa untuk menghadapinya,” katanya.

Bernama

Leave a Reply

Top