Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Vistajet Catat Pertumbuhan Pada 2016

Vistajet Catat Pertumbuhan Pada 2016

Syarikat penerbangan global, VistaJet mencatat pertumbuhan tempahan penerbangan sebanyak 137 peratus pada 2016, didorong kehadiran pelancong yang tiba serta berlepas dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu kenyataan, VistaJet yang juga perintis perkhidmatan jet peribadi dengan langganan berasaskan jumlah jam, berkata ketibaan dan pelepasan penumpang asing dan warga AS dari negara maju itu meningkat sebanyak 122 peratus bagi tahun ke tahun.

Menurutnya, para pelanggan boleh membuat tempahan beserta sajian makanan lengkap dalam tempoh minimum 90 minit selain menempah makanan dari restoran pilihan mereka.

Vistajet dilengkapi sejumlah 71 pesawat jenis Challenger dan Global yang ditempatkan di serata dunia bagi memudahkan usaha mengambil penumpang dari mana-mana lokasi.

Pengerusi dan Pengasasnya, Thomas Flohr berkata Amerika Utara merupakan pasaran perniagaan penerbangan paling matang di dunia dan pertumbuhan ketara VistaJet dalam masa singkat membuktikan pasaran itu sedia berdepan perubahan.

“Kami amat teruja kerana mampu memberi pilihan baharu kepada pelanggan, menyediakan perkhidmatan penerbangan ke lebih banyak bandar di AS dan sekitar dunia hasil kolaboratif dengan rakan niaga, Jet Aviation,” katanya.

 

Leave a Reply

Top