Video muzik penyanyi Taylor Swift yang memaparkan lagu bertajuk ‘Look What You Made Me Do’ berjaya memecah rekod YouTube, apabila berjaya meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh 24 jam pelancarannya.

YouTube berkata, ia adalah permulaan tertinggi yang diperoleh mana-mana video dalam sejarah laman itu, sekali gus menewaskan jumlah tontotan 36 juta yang dicatatkan penyanyi Korea Selatan, Psy menerusi lagu ‘Gentleman’ pada 2013.

Lagu ‘Look What You Made Me Do’ nyanyian Swift itu menyasarkan individu yang menyerang dan mengkritiknya secara profesional dan peribadi dalam tempoh 10 tahun lalu.

Ia menerima pelbagai kritikan daripada peminat dan media hiburan sejak ia dipersembahkan pada Anugerah Video Muzik MTV pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Swift, 27, ‘menghilangkan diri’ daripada menghadiri sebarang majlis penyampaian anugerah dan acara permaidani merah sepanjang tahun ini, tidak menghadiri majlis itu.

Tindakan itu diambil selepas beliau terbabit dalam pertelingkahan dengan Kanye West, Kim Kardashian dan Katy Perry.

Selain itu, YouTube berkata, secara purata video muzik itu mencatatkan 30,000 tontonan setiap minit dalam tempoh 24 jam pertama dan mencecah lebih tiga juta tontonan setiap jam.

Menjelang semalam, jumlah tontonan di YouTube sudah mencecah angka 53 juta. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *