Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida mengakui menangis bersendirian pada tengah malam atau awal pagi di banglo baharunya di Meru, Ipoh.

Ketika ditemui sebuah portal online baru-baru ini penyanyi lagu I am me itu berkata, walaupun mempunyai empayar perniagaan dan dilihat sempurna namun dirinya juga adalah manusia biasa yang tidak mampu menahan air mata daripada menitis.

“Apabila duduk seorang diri pada tengah atau awal pagi sambil solat, saya akan memohon kepada Allah, kita kena terus berdoa dan minta ampun.

“Ketika itulah saya tak dapat tahan, saya akan menangis sepuas-puasnya kerana kepada Dia sahaja tempat saya mengadukan segala-galanya.

“Saya akan meluahkan apa sahaja pada waktu itu sehinggakan apabila saya teringat balik, saya akan menangis sekali lagi.

“Begitu juga apabila saya ingin doa sesuatu, apabila kita memohon ni kenalah bersungguh-sungguh,” katanya.

Vida menambah, segala tindakanya termasuk tampil sebagai penyanyi bukan untuk meraih populariti sebaliknya bagi memasarkan produknya.

Menurutnya, sebagai pemilik kepada sebuah empayar perniagaan, beliau  tidak boleh berdiam diri dan mengupah pihak ketiga tetapi perlu tampil sendiri untuk melakukan aktiviti pemasaran.

“Saya pernah upah orang lain untuk buat marketing tapi ia tidak berkesan. Sebab itu saya sendiri perlu ke depan.

“Pada masa sama saya juga ingatkan diri dan memohon ampun segala kesilapan kerana saya juga manusia biasa,” ujarnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *