Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Usaha Untuk Bantu Bumi Perlu Dipertingkat

Usaha Untuk Bantu Bumi Perlu Dipertingkat

mh online

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan mempertingkat usaha membantu menaikkan ekonomi bumiputera ke tahap yang diperlukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MTEM berkata di sebalik usaha yang diambil sekarang, bumiputera masih dibelenggu beberapa masalah, antaranya peluang mencari pekerjaan yang rendah, pendapatan isi rumah tidak sama rata dan juga kenaikan kos sara hidup yang tidak seiring dengan pendapatan.

MTEM juga mengenal pasti isu pemilikan aset oleh bumiputera yang masih rendah berbanding etnik lain.

“Bumiputera hanya memiliki 26.1 peratus pemilikan rumah berbanding etnik lain, 5.4 peratus untuk pemilikan bangunan komersial dan 0.9 peratus peratus untuk pemilikan bangunan industri.

“Malah, terdapat 12 peratus rakyat Malaysia langsung tidak mempunyai apa-apa, 25 peratus tidak mempunyai aset hartanah dan 53 peratus tidak mempunyai aset kewangan,” katanya.

MTEM berkata majoriti perniagaan Melayu juga masih terperangkap dalam sektor perniagaan kecil dan mikro, merangkumi 98 peratus daripada jumlah perusahaan kecil dan sederhana yang ada di Malaysia.

“Jurang-jurang ekonomi ini harus ditangani dalam menjadikan agenda bumiputera sebagai agenda nasional.

“Jika jurang ini ditangani, nescaya permasalahan ekonomi bumiputera dapat diselesaikan dan bumiputera dapat bersama etnik lain, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam membantu negara mencapai negara maju,” katanya.

Leave a Reply

Top