Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Usah Perguna Kuasa Agong

Usah Perguna Kuasa Agong

Pakar perlembagaan yang juga Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata proses itu perlu dilalui dengan formaliti tertentu, mungkin boleh dipercepat atau perlukan masa yang panjang untuk diselesaikan.

“Ini kerana Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak secara bijaksana dalam memastikan calon yang bertanding dan akan mewakili rakyat dalam sistem demokrasi adalah mereka yang tidak dipersoalkan kredibilitinya,” dipetik sebagai berkata.

Semalam, pakatan DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN), menerusi `Muafakat Pakatan Harapan’, menyatakan iltizam mendapatkan pengampunan diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mengambil alih pentadbiran negara.

Langkah itu bagi membolehkan Anwar yang akan dibebaskan pada 8 Jun depan, dapat segera berperanan dalam kerajaan Persekutuan dan kemudian diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Shamrahayu berkata, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa, seseorang akan hilang kelayakan bertanding PRU sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan.

Beliau berkata, kehilangan kelayakan itu terpakai ke atas seorang yang menjadi atau belum menjadi ahli Dewan, akan berlangsung selama lima tahun yang dikira dari tarikh individu yang disabitkan itu dibebaskan dari tahanan atau penjara.

“Namun kehilangan kelayakan boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Leave a Reply

Top