Anda di sini!
Utama > Sukan > United Lebih Hebat Jika Diurus Guardiola

United Lebih Hebat Jika Diurus Guardiola

Jamie Carragher percaya bukan nilai wang yang memisahkan kedudukan dua pasukan teratas Liga Perdana, Manchester United dan Manchester City.

Pep Guardiola melebarkan kedudukannya dengan 15 mata di depan, menyebabkan Jose Mourinho bercadang untuk melababur lebih banyak wang menjelang jendela perpindahan pemain Januari ini.

Pengurus United itu sebelum ini sudah melabur hampir 300 juta pound dalam tempoh 18 bulan.

United dilihat hambar dalam saingan merebut trofi juara minggu ini, jatuh tujuh mata dalam lima perlawanan, manakala City meneruskan rentak kemenangan dalam 18 perlawanan.

Carragher percaya ika berlaku berdasarkan kebolehan dari segi perspektif pengurus United dan City serta di antara pemain United dan City. Yang mana anda rasakan lebih lebih berkuasa?.

“United memecah rekod dunia dengan mengikat Paul Pogba dan Romelu Lukaku yang menjadi pemain paling mahal dalam Liga Perdana musim lalu,” ujarnya.

Carragher juga mendakwa, Mourinho gagal menghalang Guardiola di Manchester City musim ini, dan masih mencari keserasian terbaik skuadnya di Old Trafford.

“Jika Mourinho menguruskan Manchester City, mereka tidak akan bermain dengan gaya yang kita lihat sekarang.

“Apa yang Guardiola sampaikan sekarang adalah pembangunan jangka pendek yang berkesan,” jelasnya.

Leave a Reply

Top