Undian para peminat adalah penentu barisan pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (Anugerah DFKL 2017) yang bakal berlangsung secara gilang-gemilang pada 9 April 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  Undian boleh dibuat menerusi laman web rasmi DFKL 2017 www.dfkl.com.my sehingga 20 Mac 2017.

Anugerah DFKL 2017 merupakan kemuncak bagi Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) yang mempertandingkan sembilan kategori untuk edisi kali ini. Antaranya, Aktor Pilihan, Aktress Pilihan, Drama Pilihan, Pengarah Pilihan, Skrip Pilihan, Antagonis Pilihan, Pasangan Pilihan, Lagu Pilihan, dan kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini iaitu Drama Pilihan tonton VIP.

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, “Seperti tahun-tahun yang lepas, Anugerah DFKL diadakan sebagai tanda penghargaan kepada jutaan peminat setia kami yang tidak pernah putus memberi sokongan terhadap drama bersiri di TV3 dan TV9. Drama-drama yang tercalon bukan sahaja berjaya mencapai kadar tontonan ataupun rating yang tinggi, malahan ia juga menjadi perbualan hangat di laman sosial sepanjang siaran serta menjadi fenomena di kalangan peminat..”

“Akur dengan kehendak penonton yang gemar menonton drama di atas talian, tonton VIP telah memberikan kemudahan kepada mereka untuk mengikuti beberapa drama bersiri popular TV3 lebih awal daripada siaran TV. Sambutan hebat terhadap tonton VIP telah mendorong kami untuk memperkenalkan kategori baharu di DFKL 2017 iaitu Drama Pilihan tonton VIP untuk menghargai sokongan peminat dan juga sebagai tanda terima kasih atas komitmen dan kerjasama baik daripada syarikat produksi,” tambah Puan Siti Nurlisia lagi.

Drama Festival Kuala Lumpur 2017 sedang rancak dengan siri jelajahnya bakal menghangatkan lokasi terakhirnya di Sunway Putra Mall pada hujung minggu ini (11 & 12 Mac 2017). Turut hadir ialah Raja Afiq DFKL dan artis-artis jemputan seperti Mawar Rashid, Emma Maembong, Sherry Al Hadad, Hafidz Roshdi, Ayda Jebat, Idris Khan, Redza Rosli, Nafiz Muaz DFKL, Indah Emeerlda DFKL dan Nik Adam Mika.

Jangan lupa untuk mengundi calon-calon Anugerah DFKL 2017 di laman web www.dfkl.com.my dan mengetahui maklumat terkini tentang Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Gunakan hashtag #DFKL2017 dan #CeritaKita untuk menghangatkan perbualan di laman sosial.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *