BERA, Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO perlu bekerja keras dalam usaha mencatat kemenangan meyakinkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembangkang pasti menggunakan pelbagai cara untuk meraih undi termasuk media sosial dan ceramah umumnya.

Katanya, UMNO mempunyai pendekatan tersendiri mendekati rakyat tetapi ahli parti perlu berwaspada kerana pembangkang juga akan mengikut kaedah dan pendekatan UMNO.

“Beberapa pendekatan digunakan BN untuk menarik perhatian rakyat membuahkan kejayaan dalam pilihan raya lalu.

“Pendekatan yang signifikan juga tambah menguatkan BN supaya bersiap-sedia berdepan apa juga situasi.

“Kita perlu memberi tumpuan terhadap permuafakatan bagi menggerakkan jentera pilihan raya.

“Sebagai contoh, jika pertandingan satu lawan satu, maka semua ahli parti komponen perlu berganding bahu untuk memastikan kemenangan calon BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri kampung di Masjid Kampung Jelam, Durian Tawar di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata, semua ahli UMNO tidak perlu memikirkan bentuk pertandingan, sebaliknya bersedia memastikan kemenangan setiap kerusi dipertandingkan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *