Anda di sini!
Utama > Politik > UMNO Gantung Jawatan Muhyiddin, Zahid Jalankan Tugas Timbalan Presiden

UMNO Gantung Jawatan Muhyiddin, Zahid Jalankan Tugas Timbalan Presiden

mh online

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

image

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

“Mesyuarat MT telah membuat keputusan seperti berikut, di bawah fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.

“Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat UMNO, di sini.

Leave a Reply

Top