Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Turki Gesa Jerman Tolak Permohonan Suaka Politik Bekas Tentera Turki

Turki Gesa Jerman Tolak Permohonan Suaka Politik Bekas Tentera Turki

Pihak berkuasa Jerman perlu menolak permohonan suaka daripada kira-kira 40 bekas anggota tentera Turki yang disyaki mempunyai kaitan dengan cubaan rampasan kuasa di negara itu pada Julai lalu.

Menteri Pertahanan Turki, Fikri Isik berkata, kegagalan Berlin menolak permohonan suaka boleh mengeruhkan hubungan antara dua negara berkenaan.

“Harapan kami supaya Jerman tidak menerima mana-mana permohonan suaka daripada bekas tentera kami selepas mereka dipecat daripada ketenteraan,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Menurutnya, beliau akan membangkitkan isu tersebut dengan rakan sejawatannya dari Jerman di sebuah persidangan keselamatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dijangka diadakan bulan depan, lapor Reuters.

Leave a Reply

Top