Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Turki – Belanda Tegang

Turki – Belanda Tegang

Tindakan Kerajaan Belanda menghalang Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglo melawat Belanda didakwa melanggar protokol diplomatik seterusnya membuatkan hubungan antara kedua negara itu tegang, lapor Washingon Post.

Kerajaan Belanda dalam satu kenyataanya menjelaskan sebab mereka memutuskan untuk menarik balik hak mendarat Cavusoglo kerana ‘risiko ketenteraman dan keselamatan awam’.

Semalam, Cavusoglo memberi amaran bahawa Turki akan mengenakan sekatan ke atas Belanda jika penerbangannya dibatalkan, lapor media tempatan Turki.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kemudiannya bertindak balas dengan menggelar Belanda sebagai ‘sisa-sisa Nazi’¬† dan fasis serta mencadangkan agar diplomat negara itu dihalang¬† ke sini.

“Mereka adalah saki baki Nazi, fasis, mereka boleh melarang kunjungan menteri kita tetapi mulai sekarang kita lihat bagaimana pesawat mereka hendak mendarat di Turki,” katanya ketika satu perhimpunan di Istanbul, semalam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mendakwa bahawa keputusan yang dilakukan oleh mereka adalah tepat.

“Saya faham mereka marah tetapi ini sudah keterlaluan, saya fikir kami membuat keputusan tepat,” katanya.

Leave a Reply

Top