Anda di sini!
Utama > Sukan > Tunggu 15 haribulan – Dato Seri Vida

Tunggu 15 haribulan – Dato Seri Vida

mh online

Oleh: Fansyuri

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini menjelaskan mereka hanya menerima tajaan RM4 juta semusim bagi kos pengurusan daripada Vida Beauty Sdn Bhd, bukannya RM8 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketika dihubungi oleh wartawan melalui aplikasi WhatsApp, Dato Seri vida menjawab ‘tunggu 15 haribulan untuk perkembangan selanjutnya’.

Dato Seri Vida juga mengucapkan terima kasih, kerana diberi peluang oleh Presiden KAFA untuk membawa pembaharuan kepada bola sepak kelantan,menurutnya beliau yakin evolusi bola sepak boleh dijayakan dengan sumber kewangan yang kukuh dan sumber kewangan yang kukuh akan datang dengan kepercayaan dan memahami apa yang beliau cuba bawakan kepada pasukan, katanya ketika dihubungi.

Dalam posting di facebook peribadinya tengah hari tadi,Tan Sri Annuar Musa memuat naik satu status yang menyatakan KAFA hanya menerima 50-60% sahaja dari jumlah keseluruhan kos pengurusan semusim.

Dato Seri Vida yang juga Penaung Kehormat KAFA mengesahkan tajaan 4 juta untuk kos Pengurusan KAFA ,1 juta untuk Piala Dato Seri Vida,1 juta kos ubah suai stadium dan kemana dibelanjakan 2 juta lagi akan di kongsikan pada sidang media yang akan di adakan pada 15 Januari di Hotel Primera Jalan Raja Laut.

Dalam perkembangan lain, isu warna stadium Sultan Muhammad IV dianggap selesai selepas kerajaan negeri Kelantan bersetuju menukar warnanya kepada merah jambu.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang diwakili presidennya, Tan Sri Annuar Musa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

Pamoga Qu Puteh TRW akan tampil dengan kelainan musim ini, dengan barisan pemain dan jurulatih baru, warna stadium serta fasiliti stadium yang akan di naik taraf.

Leave a Reply

Top