LANGKAWI, Anggota Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi digesa mengetepikan sebarang perbezaan dalam kalangan mereka dan memfokuskan usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata soal persaingan untuk sebarang jawatan sehingga mewujudkan puak-puak dalam parti akan hanya menjejaskan keutuhannya untuk memenangi pilihan raya. “Kalau kita kalah bukan kerana musuh kita kuat tetapi kerana kita membiarkan musuh untuk meranapkan perjuangan kita (dengan bersengketa sesama sendiri),” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui wujud nostalgia terhadap pemimpin lama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi dan Pemuda UMNO perlu menjelaskan perjuangan UMNO adalah lebih penting daripada pemimpinnya.

“Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan UMNO untuk menegakkan agama Islam, bangsa dan tanah air mesti sentiasa dikekalkan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *