Penasihat Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan penyerang Liga Lubnan, Abou Bakr El Mal akan berada di sini esok, bagi proses rundingan perpindahan ke The Red Warriors (TRW).

Abou Bakr dijangka tiba di Kota Bharu tengah hari esok dan akan bersama-sama Anuar untuk makan tengah hari di sebuah hotel di sini.

Perkara itu dimaklumkan Annuar menerusi entri terbaru Facebook miliknya, hari ini.

Dalam entri sama, Annuar reda dengan perpindahan bekas penyerang sensasi Kelantan, Mohammad Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tak mengapalah dia (Ghaddar) nak pergi (JDT), usaha kita tetap teruskan.

“Kita kirim tiket penerbangan supaya ‘Bako’ (Abou Bakr) menemui saya esok,” katanya menerusi entri itu.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu Abou Bakr dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Lubnan musim ini.

“Beliau berusia 24 tahun dan kini bersama skuad senior negaranya dan baru terpilih sebagai pemain terbaik Liga 2017,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *