Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang kini dalam rangka lawatan ke Asia, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Beliau berkata demikian, ketika ditemu bual dalam program “Full Measure” yang disiarkan pada Ahad.

“Saya akan duduk dengan sesiapa sahaja. Saya tidak berasa ia satu kekuatan atau kelemahan dan ia bukanlah satu perkara yang buruk, jadi saya terbuka untuk berbuat demikian.

“Kita lihat bagaimana kesudahannya dan namun saya fikir masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya,” kata Trump.

Trump kini berada di Jepun dalam misi lawatannya ke lima negara Asia.

Beliau kemudian, dijadual melawat Korea Selatan, China, Vietnam dan Filipina dan pertemuan dengan para pemimpin negara berkenaan, antara lain dijangka akan membincangkan mengenai penyelarasan dasar ke atas Korea Utara.

Lawatan Trump diadakan di tengah ketegangan, berhubung program peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara.

Segelintir pengkritik menyatakan ungkapan sering digunakan oleh Trump terhadap Kim, menjadi antara penyumbang kepada hubungan yang semaking tegang di antara kedua-dua pemimpin.

Dalam temu bual sama, Trump berjanji, lawatannya itu “tidak akan berlaku sesuatu yang buruk” sama ada dari segi tindakan AS atau Korea Utara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *