Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke Simpang Pulai sesak sepanjang 30 kilometer, setakat pukul 1.30 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata keadaan itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti sempena Aidilfitri.

“Laluan kontra diaktifkan dari Km 289.6 hingga Km 295.6 dari Simpang Pulai ke Gopeng untuk menyuraikan kesesakan trafik,” katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Katanya kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Km 53.4 arah selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak, di Kulai, Johor membabitkan lima kenderaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kemalangan ‘bumper-to-bumper’ itu membabitkan dua kereta, dua kenderaan serba guna (MPV) dan sebuah lori. Tiada lorong terhalang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik bergerak perlahan dari Lancang menghala ke Plaza Tol Karak dan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

“Kawasan lain masih dalam keadaan terkawal, namun trafik dijangka semakin meningkat petang ini,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *