Anda di sini!
Utama > Terkini > TPM YAKIN RAKYAT SARAWAK BOLEH HAKIS PERSEPSI NEGATIF

TPM YAKIN RAKYAT SARAWAK BOLEH HAKIS PERSEPSI NEGATIF

mh online

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin penduduk Sarawak dapat menghakis persepsi negatif yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai negeri ini.

Katanya persepsi berkenaan timbul akibat daripada penyebaran maklumat yang separa benar dan tidak benar secara berulang-ulang khasnya di alam maya yang menggambarkan negeri itu masih jauh mundur dan miskin.

“Ini tidak benar kerana kerajaan sentiasa menyeimbangkan pembangunan di bandar dan luar bandar di antara Semenanjung dan Sarawak,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ismail Sabri Yaakub pada majlis makan malam di sini Jumaat.

Persepsi itu katanya dapat dihakis melalui pemerkasaan integrasi nasional bagi merapatkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.

Menyentuh mengenai persempadanan bahagian pilihan raya negeri Sarawak, Ahmad Zahid berkata ianya bagi memastikan tiada penduduk luar bandar yang tercicir daripada arus pembangunan negeri itu.

“Dengan persempadanan itu, wakil rakyat akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada soal pembangunan di kawasan mereka,” katanya.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top