Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang dikenalinya adalah seorang yang tegas dalam tindakan, namun ada ketikanya beliau sedia mengambil sikap fleksibel dalam mengadaptasi perubahan untuk kebaikan.

“Beliau seorang yang lembut dalam percakapan tetapi tegas dalan tindakannya, lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. Bagaimanapun beliau fleksible dalam menerima perubahan dan menyesuaikan beberapa pendekatan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga Malaysia keseluruhannya,” kata timbalan perdana menteri semasa mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Adenan hari ini.

Beliau menganggap pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negara, khususnya Sarawak, setelah Adenan memberikan sumbagan penting, dengan memperoleh kejayaan cemerlang pada pilihan raya negeri tahun lepas, dan ia adalah pencapaian yang cukup membanggakan.

“…saya bersama rakan-rakan lain (dalam Barisan Nasional) bertekad … segala aku janji dan komitmen kami kepada Sarawak, akan kami penuhi,” katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat hotel penginapannya di sini.

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham Puan Sri Jamilah Anu, anak-anak dan keluarganya, serta seluruh rakyat Sarawak, di samping meminta rakyat Sarawak bertabah, menganggap ia sebagai takdir dan menerima perubahan kepimpinan yang akan berlaku.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *