Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah kepada Mike Pence atas pelantikannya sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan di sini, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan AS mempunyai hubungan rapat yang kukuh.

“Kedua-dua negara akan bekerjasama rapat untuk menghapuskan ekstremisme dan radikalisme.

“Kita akan bersama-sama dengan AS untuk mencari penyelesaian di kawasan-kawasan berkonflik bagi memastikan dunia yang lebih baik dan selamat,” katanya.

Dari segi ekonomi, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia percaya pentadbiran AS akan menggubal dasar yang boleh diterima dan baik untuk semua negara.

“Malaysia akan bekerja bersama AS dalam pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan semua aspek dalam hubungan dua hala kami,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *