Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TPM Tiba Untuk Lawatan Kerja Ke Sibu

TPM Tiba Untuk Lawatan Kerja Ke Sibu

mh online

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Sibu pada 8.30 malam tadi untuk lawatan kerja dua hari bermula esok.

Ketibaannya di Lapangan Terbang Sibu disambut Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

Ahmad Zahid dijadual memulakan lawatannya dengan mengadakan tinjauan ke Batalion 10 Pasukan Gerakan Am Kem Lanang di Jalan Lanang pada 8.45 pagi sebelum bertolak ke Dataran Bandar Sibu Fasa 2 bagi merasmikan sambutan Hari Jabatan Sukarelawan (Rela) ke-44 pada 11.15 pagi.

Beliau kemudian akan merasmikan penutupan Program Siswa Komuniti Sarawak di Rumah Bungan di Jalan Oya pada 2.15 petang sebelum menghadiri perjumpaan dengan pemimpin tempatan di Dewan Suarah Sibu pada 7.45 malam.

Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri itu akan mengadakan ‘walkabout’ dan bersarapan di Pasar Sentral Sibu pada 8.15 pagi sebelum melawat United College of Technology Sarawak (UCTS) pada 10.15 pagi.

Beliau akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top