Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TPM Tiba Di Batalion PGA Lahad Datu

TPM Tiba Di Batalion PGA Lahad Datu

LAHAD DATU, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini untuk lawatan kerja hari ini.

Beliau tiba pada 10.50 pagi dan hadir sama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri taklimat disampaikan oleh Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali dan Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin.

Beliau kemudian akan menunaikan solat zohor di Masjid Batalion 17 PGA dan selepas itu menyampaikan sumbangan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahmad Zahid kemudian akan balik ke Tawau untuk berlepas pulang ke ibu negara.

Leave a Reply

Top