Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TPM TERIMA KUNJUNGAN MENTERI KEHAKIMAN AUSTRALIA

TPM TERIMA KUNJUNGAN MENTERI KEHAKIMAN AUSTRALIA

mh online

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kehakiman dan Menteri Pembantu Perdana Menteri Mengenai Pencegahan Keganasan Australia Michael Keenan.

Perjumpaan 30 minit di luar Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) itu, antara lain bertujuan membincangkan isu keselamatan dan usaha ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, mewakili Malaysia pada sesi pertama persidangan mengenai Dasar Deradikalisasi itu.

Sesi itu juga disertai Keenan, Jen Anupong Paojinda (Menteri Dalam Negeri Thailand), Petrus Golose (Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Agensi Antikeganasan Indonesia) dan Liu Yuenjin (Timbalan Menteri Keselamatan Awam China).

IDC 2016, yang berlangsung selama dua hari, disertai para menteri dari negara anggota ASEAN dan sembilan rakan strategik Malaysia iaitu Australia, Perancis, Itali, Jepun, China, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Top