Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TPM Solat Jumaat Bersama Anggota Polis

TPM Solat Jumaat Bersama Anggota Polis

KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menunaikan solat Jumaat bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Mengiringi beliau ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai-pegawai tinggi PDRM serta kira-kira 3,000 jemaah.

Khutbah khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertajuk ‘Integriti Melonjak Kualiti Hidup’ disampaikan oleh Superintenden Polis (SUPT) Ghazali Daud daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM merangkap Imam 1 Masjid Bukit Aman. Beliau turut mengimamkan solat Jumaat.

Selesai solat, Ahmad Zahid diiringi Khalid menyertai pegawai-pegawai PDRM untuk majlis makan tengah hari.

Kunjungan Ahmad Zahid ke Pulapol adalah bersempena sambutan Hari Polis ke-210 yang akan diadakan esok, 25 Mac di sini.

Leave a Reply

Top