Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mesra dengan panggil Tok Nan, sebagai pemimpin yang luar biasa.

Katanya, Adenan seorang yang ringkas, mudah didekati semua pihak dan berjiwa rakyat “tidak gelojoh (dengan jawatan) dan hanya mahukan satu penggal sahaja lagi untuk menjadi ketua menteri bagi memastikan pembangunan di negeri ini.”

“Inilah ciri-ciri pemimpin yang harus disokong penuh dan didukung bersama oleh rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Masjid, di sini hari ini.

Balingian, sebuah pekan kecil di tebing Sungai Balingian di wilayah tengah Sarawak, ialah antara kawasan pembangunan di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score),

Ahmad Zahid berkata keprihatinan Adenan terhadap pembangunan di Sarawak amat ternyata apabila setiap kali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Sarawak, kini sudah sebanyak 50 kali, Adenan akan menyentuh mengenai keperluan pembangunan yang berterusan di negeri ini.

Ahmad Zahid berkata untuk itu, rakyat Sarawak perlu memastikan Adenan mendapat mandat besar pada pilihan raya negeri 7 Mei ini untuk terus mentadbir negeri ini supaya usaha pembangunan yang dirancangnya dapat diteruskan.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata projek pembinaan Sekolah Menengah Balingian, yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Balingian pada 2014, akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Tanah bagi pembinaan sekolah itu sudah ada dan pelannya juga telah dibuat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN juga akan berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terganggu di kawasan Kuala Balingian, selain isu jalan Balingian ke Sungai Anak yang rosak walaupun baru lebih setahun siap dan digunakan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *