Anda di sini!
Utama > Terkini > TPM Mahu Persatuan Seni Jaga Kebajikan Penggiat Seni

TPM Mahu Persatuan Seni Jaga Kebajikan Penggiat Seni

mh online

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu persatuan, yayasan dan koperasi seni bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan penggiat seni.

Beliau berkata setiap persatuan seni tidak harus bersikap penting diri sendiri dan perlu sentiasa membantu penggiat seni yang memerlukan.

“Saya akan usahakan supaya bantuan sebanyak RM1 juta ringgit diberikan kepada Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dengan syarat ia mesti digunakan untuk membantu anak seni yang memerlukan.

“Kalau saya tahu ada anak seni yang tidak terjaga kebajikannya, saya sanggup jadi buruk siku minta balik peruntukan itu,” katanya secara berseloroh pada Malam Gegar Anak Seni (Gasseni) di sini, Selasa malam.

Turut hadir isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan Pengerusi Projek Gasseni, Datuk Malek Radzuan Saharin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut melancarkan Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad pada majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid mengingatkan pertubuhan seni agar tidak mempolitikkan pergerakan mereka terutamanya untuk tujuan peribadi.

Katanya meskipun anggotanya mungkin mempunyai perbezaan pendapat namun ia harus dizahirkan secara tertib dan mengikut tata susila.

“Saya seru semua penggiat seni istiqamah dalam melakukan kegiatan seni mereka supaya apa yang dilakukan bukan hanya untuk nilai seni tapi juga ibadah,” katanya.

Malam Gasseni yang julung kali diadakan menghimpunkan penggiat seni tempatan antaranya pengarah, Datuk Yusof Haslam dan penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top