Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TPM Lawat Limbang Ahad Ini

TPM Lawat Limbang Ahad Ini

mh online

image

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan singkat sehari ke Limbang pada Ahad ini.

Berdasarkan jadual lawatan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, Ahmad Zahid bakal tiba ke Limbang dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 9 pagi.

Sebaik tiba, beliau akan terus menghadiri Pesta Bedudun Kampung Gadong yang terletak di seberang Sungai Limbang.

Bedudun ialah dialek Melayu Brunei yang menjadi bahasa pertuturan harian warga Limbang bermaksud bertandang atau bergaul dengan niat untuk mengeratkan silaturahim.

Sejurus selepas tamat acara di Kampung Gadong, Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Intai Menuang pada tengah hari.

Ahmad Zahid seterusnya berangkat ke Lapangan Terbang Miri untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Top