Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Pegawai Khas beliau di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Suleiman, di Bandar Seri Alam, Masai, di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di kediaman Abdul Halim yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa dan isterinya Datin Siti Yusnita Md Yusop, pada kira-kira 9.20 pagi.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Datuk Md Jais Sarday.

Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid dikejutkan dengan hadiah pulut kuning oleh keluarga pengantin perempuan bersempena ulang tahun ke-64 kelahiran beliau, Rabu lepas.

Beliau kemudian turut bergambar kenang-kenangan bersama pasangan pengantin, Nur Nazifa Abdul Halim, 21, dan Mohamad Faizal Mohamed, 22, sekeluarga.

Terdahulu, Nur Nazifa yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik, selamat dinikahkan dengan Mohamad Faizal oleh Abdul Halim di hadapan Imam Masjid Taman Rinting, Imam Aziz Nikmat, pada 9.05 pagi ini.

Majlis persandingan pasangan mempelai itu akan diadakan esok, di kediaman sama.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *