LANGKAWI, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi menyertai lebih 500 jemaah pada majlis bacaan yasin, tahlil dan kenduri rakyat sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’17), di sini.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengimamkan solat Maghrib bersama penduduk kampung yang hadir di Masjid Aishah, di sini.

Majlis itu diadakan bagi memohon keberkatan dan kelancaran LIMA’17 yang bermula esok sehingga 25 Mac ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

LIMA’17 memasuki edisi ke-14 dalam sejarahnya sejak pertama kali diadakan pada 1991.

Pameran kali ini dijangka menjadi yang terbaik dan terbesar.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *