Anda di sini!
Utama > Terkini > TPM Di Jadual Rasmikan Penutupan Konvensyen UMNO Terengganu Pada 6 Nov

TPM Di Jadual Rasmikan Penutupan Konvensyen UMNO Terengganu Pada 6 Nov

mh online

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno dijadual merasmikan penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 pada Jumaat (6 Nov) di Hotel Primula Beach Resort di sini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata konvensyen yang bermula Khamis ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

“Konvensyen kali ini melibatkan seramai 848 perwakilan dari lapan bahagian dan 153 jemputan khas dari kalangan veteran Umno, ahli Mubarak dan mantan wakil rakyat serta wakil anak muda PERMATA,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman di sini Selasa.

Muhammad Pehimi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri berkata konvensyen tersebut akan membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 demi memastikan Barisan Nasional (BN) Terengganu menang dua pertiga majoriti.

Katanya, mantan menteri besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad akan memperkongsikan pandangan berhubungan kepimpinan dahulu dan hari ini pada konvensyen itu.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top