Anda di sini!
Utama > Terkini > Touch n Go Nafi Akan Kenakan GST Tahun Depan

Touch n Go Nafi Akan Kenakan GST Tahun Depan

mh online

image

Touch ‘n Go tidak akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi tambah nilai bermula 1 Januari 2016 ini seperti yang disebarkan beberapa pihak di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya pada Rabu, syarikat itu memaklumkan, GST hanya akan dikenakan pada yuran tambah nilai RM0.50 kepada agen seperti peniaga runcit, stesen petrol dan bank-bank yang terlibat.

“Perkhidmatan tambah nilai tanpa yuran masih boleh didapati di hab Touch ‘n Go, Touch ‘n Go SPOT, laluan tambah nilai di plaza tol, semua pasar raya Tesco, Watsons Malaysia, KK Super Mart and Guardian Malaysia, stesen Petronas terpilih, kiosk layan diri (SSK) dan mesin ATM.

“Selain itu, perkhidmatan tambah nilai beserta ‘yuran’ juga ada di semua kedai 7-Eleven Malaysia di Semenanjung Malaysia, stesen petrol (BHP, Caltex, Petron, Petronas dan Shell), ATM dan CDM (Ambank, Bank Muamalat, Maybank dan RHB) dan agen yang dilantik,” kata kenyataan tersebut.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top