Toshiba TEC Malaysia Sdn Bhd Khamis melancarkan pencetak pelbagai fungsi hibrid (MFP) pertama di dunia, siri Toshiba Hybrid MFP.

Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Toshiba TEC, Paul Ting, berkata model-model itu mempunyai keupayaan untuk mengitar semula dan menggunakan semula kertas dalam satu peranti tunggal tanpa sebarang kos tambahan menerusi fungsi cetak boleh dipadam.

“Teknologi baharu ini akan menjimatkan jumlah kertas yang digunakan sekurang-kurangnya enam dan tujuh kali setiap satu tanpa menjejaskan kualiti cetakan menerusi proses pemanasan dalaman,” katanya pada taklimat media selepas pelancaran produk itu, di sini, Khamis.

Beliau berkata peranti itu akan membantu melindungi alam sekitar dan mengurangkan kesan penebangan hutan akibat penggunaan berlebihan kertas kerana ia mampu menjimatkan sehingga 5,000 keping kertas bagi sebatang pokok.

Produk baharu Toshiba itu boleh didapatkan di kedai-kedai sah utama di seluruh negara dengan harga kira-kira RM17,000.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *