Dua tokoh korporat, termasuk pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kedua-duanya tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 8.55 pagi Jumaat diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan kedua-dua individu itu, masing-masing berusia 58 tahun dan 36 tahun direman selama enam hari sehingga 25 Januari ini.

Pemangku CEO bergelar Datuk itu ditahan di rumahnya di Tropicana Indah pada Khamis mengenai projek e-pasport Guinea.

Beberapa akaun bank dengan RM1 juta turut dibekukan.

Akaun tersebut menggunakan nama CEO tersebut, isteri dan juga anaknya.

Seorang lagi suspek, Pengurus Jualan Antarabangsa GLC terbabit ditahan di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama dalam Ops Guinea.

Kedua-duanya yang berkhidmat dalam sektor GLC hampir tujuh tahun sedang disiasat kerana dipercayai terlibat dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *